Isu ini tidak sepatutnya berlaku. Bagaimana seorang bekas Perdana
Menteri Malaysia dihina dan dipertikaikan kewibawaan beliau tidak kira apa juga
tindakan yang dilakukan beliau. Susulan berita yang dipetik di dalam Utusan
Malaysia tempoh hari yang menyebut mengenai Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang
begitu biadab menghina Tun Mahathir sebagai seorang yang sudah nyanyuk dan
tidak relevan. Ini adalah susulan daripada kenyataan Tun Mahathir yang semalam
yang menyifatkan memberi undi kepada pakatan pembangkang sama seperti mengundi
George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam. Menurut Tony juga yang dengan angkuhnya seperti
tidak mahu ‘melayan’ kerenah Tun Mahathir yang dianggapnya sudah tidak tahu
berfikir dengan rasional kerana sudah bersara lama dari bidang politik. Mungkin
Ketua Publisiti DAP itu terasa dengan kata-kata Tun Mahathir yang menegaskan
penglibatan Soros yang menggunakan wang untuk meletakkan calon pilihan raya
untuk memerintah negara yang disasarkan seperti mana yang dilakukan melalui Open
Society Institute dalam menukar pemerintah di Georgia. Terlebih dahulu dalam
berita yang dipetik daripada Utusan Malaysia yang juga ada menyebut mengenai
Dr.Mahathir yang jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society dalam
menukar pemerintah dan beliau juga menegaskan bahawa Malaysia adalah sasaran
Soros yang seterusnya.
No comments:
Post a Comment