Siapa
yang sanggup menjilat kembali ludah najis yang telah terhambur? Mudah
jawapannya, siapa tidak kenal Anwar yang menjadi pengikut setia BN sejak berzaman
lagi. Dulu bukan main ‘laser’ mulut Anwar memaki hamun DAP, memaki hamun PAS
sesuka hati dia. Pernah dulu Anwar melabel PAS sebagai parti maki hamun. Satu ketika dahulu kita berbangga mendengar ucapan penuh
jenaka Anwar yang lantang menyindir pembangkang. PAS parti bodoh, PAS parti
talam dua muka dan sebagainya. Pelbagai gelaran diberikan kepada PAS sepanjang
Anwar masih berada di dalam pemerintahan BN. Paling teruk terkena makian
dan sindiran Anwar pada ketika itu adalah Abdul Hadi yang pada ketika itu
menyandang jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu. Hadi itu Hadi ini, bahkan
Hadi pernah dikatakan gila talak kerana mendapat 200 undi dari kaum cina dan Anwar khuatir tindakan tersebut akan menghapuskan hak istimewa orang
Melayu. Bukan itu sahaja, Anwar pernah menggelar PAS sebagai Parti Abu Jahal
dan Abu Lahab kerana perjuangan palsu PAS yang begitu bijak mengambil hati orang
Melayu khususnya pada waktu itu dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran
untuk meraih undi. Seperti yang dilakukan Anwar kini – bersekongkol
dengan orang-orang bukan Melayu dan menggadaikan bangsa sendiri, itu lah yang
di ucapkan dia sewaktu memaki-hamun PAS pada ketika itu dengan mengatakan parti
mengkhianati Melayu untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu. “Kita takut
kalau-kalau tindakan PAS itu ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong
berciciran. Kesannya nanti menang sorang kampung tergadai”. (Petikan dari
Berita Harian 27 September 1985) Sewaktu zaman
kegemilangan dalam BN, Anwar menyifatkan PAS sebagai Parti Mat jenin, Anwar
seperti sedang bercakap dengan cermin, kerana tanpa dia sedari perjuangan dia dalam Keadilan juga sudah
terang-terangan adalah seperti pembangkang lain, perjuangan mat jenin yang
diibaratkan bermimpi di siang hari, strategi kotor dan jalan kosong untuk
menduduki Putrajaya. Apa rancangan konkrit Keadilan dalam membangunkan negara?
Mungkin perjuangan menegakkan fahaman songsang LGBT agaknya. ‘Layanan sama
adil’ diberikan kepada mereka yang bernafsu songsang. Mungkin itu yang
dipertahankan oleh bekas ‘pejuang Islam nombor wahid’ ini. Seronok
apabila mengimbas kembali kata-kata ‘magic’
Anwar sewaktu berada di bawah naungan BN dahulu. Bukan PAS sahaja yang
menjadi mangsa ‘hero Malaya’ ini, malah pembangkang lain seperti DAP juga
pernah makan habuan Anwar. Jika tadi Abdul Hadi Awang ditempelak sehabis
mungkin oleh Anwar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang juga tidak ketinggalan. Selain digelar
pengecut, DAP pimpinan Lim Kit Siang ini juga dianggap tidak peduli akan nasib
bangsa lain dan Anwar juga mempersoalkan pembabitan orang Melayu dalam DAP
sedangkan sudah terang-terangan DAP menolak bahasa kebangsaan, dasar pelajaran
dan mempertikaikan usaha kerajaan membela nasib orang Melayu.
Bukan itu sahaja, dalam petikan laporan berita harian 1991, Anwar ada mengulas
mengenai tindakan DAP yang membantah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan berkata
DAP hanya mementingkan orang kaya sahaja. Kata Anwar ketika dalam BN ialah rakyat akan menghadapi
masalah jika pengambilan tanah untuk pembangunan akan mengalami masalah
sekiranya tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Seperti perjuangan kosong Anwar
dalam Keadilan hari ini, dia juga pernah menganggap DAP tidak diperlukan
langsung dalam memimpin negara dan pernah berkata DAP hanya mempertahankan kaum
cina sahaja di Pulau Pinang dan menentang sebarang bentuk pembangunan luar
bandar yang melibatkan orang Melayu. Anwar sekarang menjilat muntah sendiri, walaupun kotor di telan jua untuk kepentingan politik.
No comments:
Post a Comment