Followers

Friday, 2 November 2012

Petikan kata-kata Hamka (1905-1981)






Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang dan bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradap dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.

Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.

Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil  sudah membentuk dan  mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.

Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui bukanlah orang yang patut dihormati.

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.

Bagaimana jua pun, kita hidup mesti beradab, di hapus adat lama pasti timbul adat baru.

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim diatasnya.

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri adalah puncak segala keberanian.

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.

Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil dalam masyarakat ialah menenggelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama.

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.

Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya.




No comments:

Post a Comment