Berbeza pula dengan ketua pembangkang yang sekian lama mencetuskan segala jenis provokasi, beliau menyokong penggunanaan Khalimah Allah ini oleh dalam Bible, dengan membandingkannya dengan negara-negara lain seperti Indonesia, Tunisia dan sebagainya. Cuba anda bayangkan jika ditakdirkan Allah bahawa Anwar menjadi PM dan beliau membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah di atas nama toleransi, maka kita akan melihat gereja-gereja di seluruh Malaysia menggunakan nama Allah, apakah perasaan kita?
Followers
Friday, 28 December 2012
Isu penggunaan Khalimah Allah dalam kitab Bible
Berbeza pula dengan ketua pembangkang yang sekian lama mencetuskan segala jenis provokasi, beliau menyokong penggunanaan Khalimah Allah ini oleh dalam Bible, dengan membandingkannya dengan negara-negara lain seperti Indonesia, Tunisia dan sebagainya. Cuba anda bayangkan jika ditakdirkan Allah bahawa Anwar menjadi PM dan beliau membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah di atas nama toleransi, maka kita akan melihat gereja-gereja di seluruh Malaysia menggunakan nama Allah, apakah perasaan kita?
Membongkar misteri ikan mati di Pengerang...
Sebelum 2004, Pengerang bukanlah satu nama kawasan yang sering kita dengar, orang Johor sendiri jarang menyebut Pengerang, asalnya ia hanyalah satu daerah di dalam Parlimen Kota Tinggi.
Hanya setelah persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat oleh SPR, Pengerang menjadi kawasan Parlimen sendiri dan diwakili pula oleh Datuk Seri Azalina Othman Said.
Azalina yang pada ketika itu baru melepaskan jawatan Ketua Puteri UMNO menang tanpa bertanding di Pengerang.
Secara tradisinya, tidak ada pembangkang di kawasan tersebut, pada pilihanraya 2004 dan 2008, kedua-duanya dimenangi oleh Azalina tanpa bertanding.
Mempunyai seorang pemimpin yang dominan (Azalina adalah Menteri Kabinet sehingga April 2009) sedikit sebanyak membantu memperkenalkan Pengerang.
Daerah yang dulu jarang disebut dan sering digelar tempat 'jin bertendang' mula menarik perhatian masyarakat.
Kini dengan adanya projek hab minyak dan gas bersepadu dan tercanggih di Asia Pasifik, nama Pengerang sudah jadi tajuk berita antarabangsa.
Apabila ada projek besar dan berkepentingan nasional di situ, maka cepatlah pembangkang datang berkempen.
Ada macam-macam agenda yang dibawa, bagi DAP, seperti kenyataan media Lim Guan Eng pada 26 Oktober lalu, perjuangan parti itu mudah "mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor."
Semua maklum projek tersebut bakal menjejaskan ekonomi Singapura yang bergantung kepada eksport minyak walaupun negara tersebut tidak ada setitik minyak.
40 peratus dari hasil eksport di perlabuhan Singapura adalah minyak dan dengan adanya RAPID di Pengerang, baik dari segi lokasi dan kos, pengimport minyak sudah pasti memilih Pengerang.
Kempen pembangkang membawa tema alam sekitar, sesuatu yang lawak, jika Singapura hendak diambik kira, hab minyak di republik tersebut terletak di Perlabuhan Jurong, juga di tengah-tengah bandar, tidak pula kita dengar soal pencemaran?
Soalnya untuk semua projek seperti RAPID, ia sudah tentu melibatkan teknologi terkini dan canggih. Keselamatan adalah perkara utama apabila kita bercakap soal projek ratusan bilion.
Bagi Pengerusi Independent Terminal Sdn Bhd Ngau Boon Keat (gambar), berdasarkan pengalaman Dialog Group Berhad (Dialog) syarikat pertama yang menjalankan pembinaan di kawasan tersebut, kajian-kajian telah dilaksanakan mengambil kira keadaan alam sekitar, trafik marin dan darat serta impak sosial di dalam kawasan pembangunan.
Sebagai contoh, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) telahpun dijalankan sebelum kerja pembinaan bermula.
"EIA telah dijalankan antara 2010 hingga 2011 sebelum kerja-kerja ke atas kawasan tebus tanah mula dijalankan akhir tahun lalu.
"Selain itu, langkah pengawalan pencemaran yang merangkumi udara, air, darat, bunyi dan bahan toksik telah diberi perhatian sebelum kerja pembangunan dijalankan," ujar beliau.
Menurutnya, dari segi kesihatan, keselamatan, sekuriti dan alam sekitar (HSSE) pembangunan Pengerang akan mematuhi semua piawaian dalam negara dan antarabangsa, iaitu Stadard and Industrial Reseach of Malaysia (SIRIM), Internasional Association of Oil and Gas Producers (OGP) International Organization for Standardzition (ISO) American Petroleum Institute (API) dan International Labour Organisation (ILO).
Mudah cerita, semua aktiviti yang dijalankan tidak membahayakan kesihatan pekerja dan penduduk.
Ngau Boon Keat bercakap berdasarkan fakta, cuma pemimpin pembangkang yang jual isu berdasarkan auta.
Contohnya pemimpin PKR Johor dalam sesi dialog dengan penduduk Pengerang pada 17 Mac lalu mendakwa kilang yang hendak dibina di Pengerang merupakan kilang radioaktif yang sama dengan Lynas di Pahang.
Faktanya tidak ada kilang tersebut dan tuntutan Chua juga berubah seiring dengan masa, memula hapuskan, kemudian pindah ke tempat lain, akhir sekali tanggung pulak.
Di internet, blog-blog pembangkang heboh cerita tentang penemuan bangkai ikan di persisiran Sungai Buntu, Pengerang 7 Oktober lalu.
Kononnya bukan ikan saja mati, tetapi anjing yang makan ikan pun mati juga.
Agendadaily yang berkunjung ke Pengerang baru-baru ini tanya sendiri orang tua-tua di kawasan tersebut.
Semuanya senyum apabila buka cerita pasal bangkai ikan di Sungai Buntu dan Sungai Kapal yang ditemui pada 7 Oktober lalu.
Seorang dari mereka, Haji Ghazali Abas (gambar kanan) kemudiannya buka cerita.
Menurut beliau, semua itu hanya perang propaganda orang yang tidak senang dengan projek RAPID di Pengerang.
Jelas beliau, sebelum kejadian ikan mati di dua kawasan kecil di Pengerang itu, terdapat enam aktivis dari negara luar telah datang ke Pengerang menggunakan visa pelancong. (gambar kiri, bawah)
"Enam orang aktivis luar negara ini ajar cara-cara hendak lawan berdasarkan pengalaman projek yang hampir sama pernah dicadangkan di Taiwan tetapi dibatalkan.
"Sebab utama pembatalannya adalah kerana kawasan yang dicadangkan itu merupakan tempat pembiakan ikan lumba-lumba, jadi perlawanan penduduk tempatan, aktivis alam sekitar dan aktivis haiwan menyebabkan kerajaan Taiwan batalkan projek di sana.
"Tidak lama selepas kumpulan tersebut balik, ikan tiba-tiba mati di Sungai Buntu dan Sungai Kapal. Dua tempat itu sahaja, ini agak pelik memandangkan jika pencemaran air, ia patut meliputi kawasan yang lebih luas, bukan hanya dua kawasan kecil saja.
"Ikan yang mati itu pulak sama saiz dan kebanyakkannya dari jenis yang sama.
"Bila kita periksa, kita tengok yang mati tu ikan saiz besar, mata merah, mungkin kena racun, sebab itu bila anjing makan, anjing pun mati.
"Kalau benar pencemaran, nelayan di Pengerang sudah lama berhenti tangkap ikan, sebab jika anjing makan anjing mati, kalau manusia makan kurang-kurang sakit perut? tapi tidak pernah pulak kita dengar ada kejadian macam itu.
"Malah ia jadi sekali sahaja, beberapa hari, kemudian terus senyap," katanya.
Ada nelayan Pengerang yang beritahu, kejadian ikan mati selama lima hari tersebut, adalah kali pertama yang mereka saksinya sejak puluhan tahun dulu.
Dan yang Haji Ghazali dan orang kampung peliknya, kalau benar kata ikan mati sebab pencemaran, projek baru mula tambak tanah, mana ada kilang lagi, kot mana datang sisa toksid?
Kesimpulannya mudah, bagi Haji Ghazali yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, semua itu diada-adakan sahaja.
"Perang propaganda bagi membentu persepsi bahawa projek tersebut tidak selamat,"ujarnya.
Macam juga cerita kononnya ikan dugong mati di Pengerang, semuanya lebih bersifat sensasi untuk tarik perhatian orang luar, sebab orang Pengerang sendiri tahu, tak ada dugong di perairan tersebut.
"Dugong apanya, tengok ratusan kapal di sepanjang peraiaran ini, kalau ada dugong dah lama mati, laluan ini sibuk dengan kapal yang keluar masuk port Singapura, ada yang berlabuh, sejak puluhan tahun dulu, bukan kawasan dugong, tiba-tiba ada bangkai dugong, sekor saja, tak pelik ke?," soalnya ketawa.
Ketika Agendadaily ke Pengerang pada 16 hingga 18 Disember lalu, tidak ada laporan ikan mati. Bahkan nelayan di sana sudah melupakan kejadian tersebut, mereka meneruskan rutin biasa menangkap ikan dan menjualnya di pasar. Dugong pun hanya mati sekali itu sahaja. Tidak ada Dugong lain yang mati di Pengerang sebelum dan selepas, hebohnya dugong mati di situ oleh blog-blog pembangkang.
Mungkin ada orang luar yang termakan cerita itu, sebab itu apabila pembangkang buat Himpunan Hijau di Pengerang September lalu, 80 peratusnya orang luar yang datang ke situ.
Bagi orang Pengerang, yang 70 peratus dari kawasan tersebut adalah gugusan FELDA, kehadiran RAPID adalah rahmat dari Allah SWT kepada mereka.
Pembangunan yang dibawa ke kawasan tersebut sudah tentu, sedikit sebanyak, akan mengubah kehidupan mereka.
"Bagi kami, kehadiran RAPID adalah anugerah Allah SWT kepada masyarakat Pengerang, anak-anak kami, di masa akan datang tidak perlu lagi berhijrah untuk mencari rezeki,"ujar Haji Ghazali.....-SUMBER AGENDADAILY (www.agendadaily.com)-
Wednesday, 28 November 2012
Perhimpunan hijau yang mencemari alam sekitar
Jika sesiapa yang berada di Kuala Lumpur pada 25 November 2012 yang lalu sudah tentu terganggu dengan kekecohan yang berlaku di hadapan Dataran Merdeka. Semua mata tertumpu ke arah sekumpulan manusia yang berpakaian serba hijau, seperti yang berlaku di Kuantan, Pahang sebelum ini. Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Hijau ini diadakan untuk membantah loji Nadir Bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng, dan telah diputuskan oleh mahkamah sebagai selamat. Perhimpunan yang disifatkan sebagai ‘menyusahkan’ orang ramai kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu negara. Antara yang menyertai perhimpunan itu ialah Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.
Sudahlah menyebabkan kesesakan lau lintas, penganjur perhimpunan tersebut juga telah menyalahi undang-undang kerana tidak menghantar notis 10 hari sebelum perhimpunan dan hanya datang menunjukkan protes begitu sahaja. Perhimpunan tanda protes yang diketuai oleh Wong Teck itu juga telah mendapat amaran keras daripada pihak berkuasa namun mereka tetap bertegas ingin meneruskan bantahan. Tindakan telah diambil di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Wong Teck yang juga tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang kononnya ‘mengganggu’ kelancaran aktiviti mereka dengan mengatakan tindakan pihak berkuasa itu tidak adil kerana melanggar hak rakyat untuk bebas berhimpun. Kalau betul sekalipun ingin menunjukkan bantahan, biarlah dengan cara dan laluan yang betul, bukannya dengan cara membabi buta. Mungkin itulah sifat sebenar pembangkang yang hanya tahu mewujudkan kekecohan. Bukan itu sahaja, beberapa orang kanak-kanak juga dilihat dibawa bersama oleh ibu bapa masing-masing. Bukankah tindakan itu menunjukkan betapa lalai nya ibu bapa mereka demi kepentingan politik semata? Kita sedia maklum pembangkang membantah sekeras-kerasnya usul mengenai Lynas yang telah diluluskan dewan rakyat tempoh hari. Seperti yang dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang hairan dengan tindakan pembangkang membantah usul tersebut dan seharusnya memikirkan kepentingan rakyat dan negara, bukan politik semata.
Nik Aziz sudah tidak relevan
Kebelakangan ini pelbagai perkara pelik dilakukan PAS untuk memenangi hati rakyat. Jika cara ‘elok’ tidak jalan, guna cara halus pula. Mungkin berkempen menabur fitnah dilihat tidak berkesan menarik hati rakyat, umat Islam khas nya, seperti biasa menggunakan agama sebagai jalan pintas serta dianggap mudah untuk mengambil hati rakyat, bukan sahaja orang Melayu malah jiwa orang bukan Melayu. Baru-baru ini di Kota Baharu, PAS sibuk mengadakan majlis solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO! Majlis solat hajat tersebut diimamkan oleh adik Nik Aziz sendiri iaitu Nik Razi Nik Mat. Persoalan mudah untuk dijawab oleh sesiapa sahaja adalah; berkat kah majlis ini? Agenda yang tersirat di sebalik majlis tersebut tidak menjadi persoalan sejak semua sudah maklum dengan PAS yang sudah azali mempunyai ‘perangai tersendiri’ yang sukar difahami. Seperti yang dikatakan Dr.Asri, PAS merupakan parti yang tidak boleh menerima teguran, dalam erti kata lain, PAS parti ‘menggelabah’ dalam bahasa pasar seharian yang kita selalu guna. Adakah lebih mulia perbuatan PAS, jika mendoakan keselamatan orang-orang Palestin yang terseksa di Gaza, daripada mendoakan kehancuran sesama umat Islam di negera sendiri. Masuk akal kah tindakan PAS itu? Bukankah mereka parti mulia mewakili ajaran Islam, kenapa perlu mendoakan kehancuran dan bukan kesejahteraan negara? Memang betul kita mempunyai hak untuk mengadakan majlis keagamaan, itu pun jika disertakan niat yang betul. Ideologi yang berlainan dalam setiap parti bukanlah menjadi alasan untuk menjatuhkan pihak lain, jika PAS menganggap perjuangan BN dan UMNO bertentangan dengan Islam, apa salahnya jika PAS mendoakan agar BN dan UMNO kembali ke pangkal jalan dan memimpin dengan toleransi berteraskan ajaran Islam. Namun itu adalah hak PAS kerana ia tidak melanggar hak demokrasi negara. Cuma yang menjadi tanda tanya, kenapa perlu mendoakan kehancuran sesama Islam. Jika benar PAS merasa ditindas oleh UMNO, itu antara mereka dengan Allah, mereka tidak boleh menipu Allah.
Friday, 2 November 2012
Majlis Ibadah Korban JASA
Tanggal 29 Oktober yang lalu, Kelab Kebajikan dan Sukan (KKdS) JASA telah menganjurkan Majlis Ibadah Qurban yang bertempat di Padang Kawad, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana. pelbagai aktiviti seperti menyembelih lembu, melapah dan memasak juadah makan tengah hari.Majlis penuh bersejarah JASA ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Abu Talib Harun selaku Timbalan Ketua Pengarah JASA Selain menjalankan ibadah wajib dalam Islam, program ini dianjurkan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama pekerja JASA dan sekaligus berpeluang untuk mengenali diri masing-masing. tidak semestinya berkhidmat di bawah satu bumbung yang sama bermakna semua saling mengenali. Mari kita lihat beberapa gambar sepanjang program ini :
Petikan kata-kata Hamka (1905-1981)
Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang dan bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.
Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.
Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya.
Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradap dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.
Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.
Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.
Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil sudah membentuk dan mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.
Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui bukanlah orang yang patut dihormati.
Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.
Bagaimana jua pun, kita hidup mesti beradab, di hapus adat lama pasti timbul adat baru.
Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim diatasnya.
Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri adalah puncak segala keberanian.
Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.
Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.
Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil dalam masyarakat ialah menenggelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama.
Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.
Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya.
Wednesday, 31 October 2012
Anwar: Dulu lain, Sekarang lain. Percakapan itu cermin hati.
Siapa
yang sanggup menjilat kembali ludah najis yang telah terhambur? Mudah
jawapannya, siapa tidak kenal Anwar yang menjadi pengikut setia BN sejak berzaman
lagi. Dulu bukan main ‘laser’ mulut Anwar memaki hamun DAP, memaki hamun PAS
sesuka hati dia. Pernah dulu Anwar melabel PAS sebagai parti maki hamun. Satu ketika dahulu kita berbangga mendengar ucapan penuh
jenaka Anwar yang lantang menyindir pembangkang. PAS parti bodoh, PAS parti
talam dua muka dan sebagainya. Pelbagai gelaran diberikan kepada PAS sepanjang
Anwar masih berada di dalam pemerintahan BN. Paling teruk terkena makian
dan sindiran Anwar pada ketika itu adalah Abdul Hadi yang pada ketika itu
menyandang jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu. Hadi itu Hadi ini, bahkan
Hadi pernah dikatakan gila talak kerana mendapat 200 undi dari kaum cina dan Anwar khuatir tindakan tersebut akan menghapuskan hak istimewa orang
Melayu. Bukan itu sahaja, Anwar pernah menggelar PAS sebagai Parti Abu Jahal
dan Abu Lahab kerana perjuangan palsu PAS yang begitu bijak mengambil hati orang
Melayu khususnya pada waktu itu dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran
untuk meraih undi. Seperti yang dilakukan Anwar kini – bersekongkol
dengan orang-orang bukan Melayu dan menggadaikan bangsa sendiri, itu lah yang
di ucapkan dia sewaktu memaki-hamun PAS pada ketika itu dengan mengatakan parti
mengkhianati Melayu untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu. “Kita takut
kalau-kalau tindakan PAS itu ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong
berciciran. Kesannya nanti menang sorang kampung tergadai”. (Petikan dari
Berita Harian 27 September 1985) Sewaktu zaman
kegemilangan dalam BN, Anwar menyifatkan PAS sebagai Parti Mat jenin, Anwar
seperti sedang bercakap dengan cermin, kerana tanpa dia sedari perjuangan dia dalam Keadilan juga sudah
terang-terangan adalah seperti pembangkang lain, perjuangan mat jenin yang
diibaratkan bermimpi di siang hari, strategi kotor dan jalan kosong untuk
menduduki Putrajaya. Apa rancangan konkrit Keadilan dalam membangunkan negara?
Mungkin perjuangan menegakkan fahaman songsang LGBT agaknya. ‘Layanan sama
adil’ diberikan kepada mereka yang bernafsu songsang. Mungkin itu yang
dipertahankan oleh bekas ‘pejuang Islam nombor wahid’ ini. Seronok
apabila mengimbas kembali kata-kata ‘magic’
Anwar sewaktu berada di bawah naungan BN dahulu. Bukan PAS sahaja yang
menjadi mangsa ‘hero Malaya’ ini, malah pembangkang lain seperti DAP juga
pernah makan habuan Anwar. Jika tadi Abdul Hadi Awang ditempelak sehabis
mungkin oleh Anwar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang juga tidak ketinggalan. Selain digelar
pengecut, DAP pimpinan Lim Kit Siang ini juga dianggap tidak peduli akan nasib
bangsa lain dan Anwar juga mempersoalkan pembabitan orang Melayu dalam DAP
sedangkan sudah terang-terangan DAP menolak bahasa kebangsaan, dasar pelajaran
dan mempertikaikan usaha kerajaan membela nasib orang Melayu.
Bukan itu sahaja, dalam petikan laporan berita harian 1991, Anwar ada mengulas
mengenai tindakan DAP yang membantah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan berkata
DAP hanya mementingkan orang kaya sahaja. Kata Anwar ketika dalam BN ialah rakyat akan menghadapi
masalah jika pengambilan tanah untuk pembangunan akan mengalami masalah
sekiranya tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Seperti perjuangan kosong Anwar
dalam Keadilan hari ini, dia juga pernah menganggap DAP tidak diperlukan
langsung dalam memimpin negara dan pernah berkata DAP hanya mempertahankan kaum
cina sahaja di Pulau Pinang dan menentang sebarang bentuk pembangunan luar
bandar yang melibatkan orang Melayu. Anwar sekarang menjilat muntah sendiri, walaupun kotor di telan jua untuk kepentingan politik.
Thursday, 25 October 2012
Bantahan pelajar sekolah agama di hadapan parlimen.
Tanggal 11/10/2012 yang lalu, satu
bantahan terhadap bajet 2013 oleh para pelajar beberapa sekolah agama di negara
kita telah mengadakan bantahan terhadap bajet 2013 yang telah di bentang oleh
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang lalu. Agak terkejut
melihat ‘kesungguhan’ pihak pembangkang menentang UMNO dan telah melakukannya
dengan pelbagai cara dan strategi untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada
memimpin negara kita. Dianggarkan lebih kurang 500 orang menyertai bantahan
keras bermotif songsang di hadapan bangunan Parlimen pagi itu. Sungguh
mengejutkan tatkala melihat pelbagai peringkat umur menyertai mogok tersebut,
tidak kira tua atau muda, semua nya ada.
Persoalan yang mungkin timbul di benak
fikiran sesiapa yang melihat bantahan itu adalah, berapa umur pelajar-pelajar
ini dan tahu kah mereka apa yang telah mereka lakukan di hadapan bangunan
Parlimen ini bersama manusia-manusia pro pembangkang itu? Adakah mereka faham
akan maksud ‘Mampus UMNO’ seperti yang dilaung-laungkan tali barut pembangkang
itu? Simpati penulis melihat tenaga muda yang telah dipergunakan oleh manusia
yang tidak bertanggungjawab di atas tujuan politik kotor yang sekian lama
menjadi fenomena negara. Tindakan yang tidak wajar sama sekali mencerminkan
ideologi dan mentaliti dalang di sebalik bantahan itu.
Wednesday, 24 October 2012
PRU penentu jatuh naik negara
Pejam celik kita
semakin hampir dengan Pilihan Raya Umum kali ke-13 tidak lama lagi. Sudah tentu
bermacam cerita akan kita dengar sebelum dan selepas PRU13 ini. Ada yang
menggelikan hati, akan ada perasaan tidak ketinggalan juga akan ada pihak yang
melancarkan perang untuk kali kedua selepas PRU13 itu sendiri. Bagi pihak-pihak
luar yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU itu nanti sudah tentu akan
mula berfikir taktik-taktik kotor. Berkempen di sana- sini untuk meracuni
fikiran rakyat. Tidak ketinggalan juga ada di antara pembangkang ini yang
merangka bajet mereka yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, bajet yang
menjaga kepentingan sesuatu pihak sahaja. Menjelang PRU13 yang bakal menjelma
dan akan berlaku bila-bila masa dari sekarang, kerajaan kita semakin sibuk
memikirkan kemungkinan buruk yang bakal tiba, yalah kata orang , fikirkan
kemungkinan yang buruk dahulu sebelum mencapai kejayaan yang kita semua sudah
tahu akan tiba. termasuklah mengarahkan jentera BN untuk menyelesaikan masalah sabotaj dalam PRU13 dalam masa terdekat, arahan yang dibawa oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin maka sudah tentu si pemantau haruslah seorang yang berfiran dan berjiwa liberal bagi memastikan masalah tersebut dapat ditangani 100%, bersih, tiada mainan kotor.
Sudah sifat pembangkang
Sesuai
dengan tajuk ‘entry’ pada kali ini yang seakan-akan sudah akur dengan sikap
serta sifat pembangkang yang bukan sahaja sering menabur fitnah dan tidak
berpuas hati dengan cara pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Apa saja lubang yang mereka nampak akan diisi dengan
kata-kata fitnah serta ideologi sempit mereka yang kotor. Kadangkala usaha
tersebut seakan-akan memperlekehkan usaha kerajaan untuk membantu rakyat di
negara ini. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri kita yang
kita yakni orang Melayu yang sudah muak dan bosan dengan taktik kotor
pembangkang misalnya DAP yang kononnya memperjuangkan pelbagai kaum di Malaysia.
Wajarkah mereka mempersoalkan perlembagaan negara yang sekian lama menjadi asas
kepada pembangunan manusia sejagat?
Kononnya pembangkang ini parti demokratik yang menjaga semua kepentingan
kaum di negara namun hakikat yang semua sudah sedia maklum bahawa DAP hanya
menjaga kepentingan satu kaum sahaja dan tidak kisah apa yang akan terjadi pada
kaum-kaum lain, jatuh robohnya kaum lain pasti tidak akan diambil kira. Di
dalam Utusan Harian Online hari ini (22/10/12)yang
ada menyebut mengenai pernyataan Perdana Menteri yang menyifatkan reformasi
yang dibawa oleh DAP hanya sekadar slogan
dan sehubungan dengan itu beliau telah
mencabar pembangkang ini untuk bertanding di kawasan Melayu. Barulah tahu
langit itu tinggi ataupun rendah. Hanya omong kosong sahaja tidak mencukupi,
mulut hati rakyat hendaklah dijaga juga wahai pembangkang. Pembangkang hanya
tahu mencanang cerita dan meracun
fikiran rakyat dengan menuduh kerajaan hanya ingin menang untuk memastikan
kerusi di Putrajaya terjamin. Tetapi jika dilihat balik segala jasa kerajaan
membantu rakyat selama ini, tidak salah lagi bahawa kerusi di Putrajaya akan
menjadi milik kerajaan sampai bila-bila. Manakala pembangkang hanya akan terus
bermimpi di siang hari selain memikirkan taktik seterusnya untuk mengambil hati
rakyat dalam apa jua cara kotor. Mereka tidak pernah peduli.
Thursday, 18 October 2012
Suatu ketika dulu di Sabah...
Perjanjian Damai Bangsamoro dengan Kerajaan Filipina memberi kesan besar kepada keselamatan Sabah khasnya kemasukkan pendatang asing atas tiket peperangan. Puluhan tahun alasan itu menjadi faktor pendorong untuk orang awam Kepulauan Mindanao berpindah ke Sabah mencari perlindungan nyawa dan sesuap nasi pagi dan petang hingga menimbulkan masalah besar politik, ekonomi dan sosial kepada Malaysia dan Kerajaan Negeri. Menguruskan pelarian dan pendatang asing bukanlah mudah, apalagi dalam bilangan yang begitu ramai. Mereka bukan sampah atau manusia tiada nyawa yang boleh dibelasah sewenang-wenangnya. mereka adalah manusia mangsa peperangan. Malaysia juga sebuah negara yang tertakluk kepada undang-undang antarabangsa dan dunia Islam. masyarakat Sabah yang lemah lembut dan ajaran agama yang dipegang kuat mendorong kepada lambaian untuk membantu mereka. Golongan kapitalis, perniagaan dan perladangan mengambil kesempatan kebanjiran pendatang untuk mengaji pendatang asing dengan gaji yang cukup murah. Himpunan faktor penolak dan penarik ini berlakulah masalah kebanjiran pendatang asing di Sabah hingga tertubuhnya RCI...Kita berdoa keamanan abadi akan wujud di selatan Filipina itu dan Sabah dapat menguruskan masalah pendatang asing dengan lebih cepat lagi.
JASA dan Dasar Kerajaan...
Pembangkang mendakwa ada agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) apabila membantu menerangkan kepada rakyat tentang bajet 2013 dan isu lain yang diputarbelitkan oleh pembangkang dianggap sebagai membantu BN dan membazirkan duit pembayar sukai. Pandangan pembangkang ini amat dangkal dan tidak mahu mengakui hakikat bahawa tugas hakiki jabatan itu adalah menyampaikan dasar2dasar kerajaan dan sekaligus memperbetulkan tanggapan salah akibat kempen dan fitnah pembangkang. Selagi ada kekeliruan di kalangan rakyat terhadap satu-satu dasar kerajaan, selagi itulah JASA dan agensi-agensi kerajaan yang lain akan bertindak membetulkan kekeliruan berkenaan. Negeri-negeri pembangkang juga mencontohi konvensyen ini dimana agensi-agensi di bawah tadbir urusnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan negeri masing-masing. Justeru, tidak ada peliknya sebuah agensi kerajaan mempertahankan dasar-dasar kerajaan yang memerintah masa kini. sementelah pula apa yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah baik untuk rakyat.
Renungan Bajet 2013, BAJET BUNGA TELUR??
Mungkin itu lumrah manusia, sudah diberi betis hendakkan peha pula. Mungkin itu perumpamaan yang paling sesuai diberikan kepada sesetengah manusia yang tidak pernah puas akan nikmat yang diberikan. Ada terbaca artikel di salah sebuah blog terkenal di malaysia yang menggelar rangkuman Bajet 2013 yang dibentang oleh Datuk seri Najib Razak sebagai BAJET BUNGA TELUR. Memancing undi katanya, sedangkan itu menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Segelintar yang tidak masih puas sahaja yang berpendapat sebegitu. Memalukan. kata blogger itu juga, bajet tersebut diharapkan dapat mengekalkan rasa suka di hati rakyat sehingga menjelang PRU13 nanti. Bajet Bunga Telur dianggap diberi sekali dalam 4 tahun dan tidak member apa-apa faedah kepada si penerima dan sebagai kenang-kenagan sahaja. Motif bajet tersebut adalah untuk mendapatkan mandat BN sahaja. Apa yang pasti, jika dibandingkan dengan janji pembangkang yang kita maklum hanyalah bajet bayang-bayang sahaja, yakni tidak nampak hasilnya berbanding usaha teru-terusan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat faedah secukupnya sepanjang masa. Satu kotak fikiran yang sempit cuba disampaikan pro-pembangkang melalui kaedah pembacaan.
Wednesday, 17 October 2012
Jasanya melimpah-ruah, kenapa perlu dihina?
Isu ini tidak sepatutnya berlaku. Bagaimana seorang bekas Perdana
Menteri Malaysia dihina dan dipertikaikan kewibawaan beliau tidak kira apa juga
tindakan yang dilakukan beliau. Susulan berita yang dipetik di dalam Utusan
Malaysia tempoh hari yang menyebut mengenai Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang
begitu biadab menghina Tun Mahathir sebagai seorang yang sudah nyanyuk dan
tidak relevan. Ini adalah susulan daripada kenyataan Tun Mahathir yang semalam
yang menyifatkan memberi undi kepada pakatan pembangkang sama seperti mengundi
George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam. Menurut Tony juga yang dengan angkuhnya seperti
tidak mahu ‘melayan’ kerenah Tun Mahathir yang dianggapnya sudah tidak tahu
berfikir dengan rasional kerana sudah bersara lama dari bidang politik. Mungkin
Ketua Publisiti DAP itu terasa dengan kata-kata Tun Mahathir yang menegaskan
penglibatan Soros yang menggunakan wang untuk meletakkan calon pilihan raya
untuk memerintah negara yang disasarkan seperti mana yang dilakukan melalui Open
Society Institute dalam menukar pemerintah di Georgia. Terlebih dahulu dalam
berita yang dipetik daripada Utusan Malaysia yang juga ada menyebut mengenai
Dr.Mahathir yang jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society dalam
menukar pemerintah dan beliau juga menegaskan bahawa Malaysia adalah sasaran
Soros yang seterusnya.
Tuesday, 2 October 2012
Wednesday, 5 September 2012
Monday, 30 July 2012
Monday, 23 July 2012
Friday, 20 July 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)