Followers

Wednesday 31 October 2012

Anwar: Dulu lain, Sekarang lain. Percakapan itu cermin hati.


Siapa yang sanggup menjilat kembali ludah najis yang telah terhambur? Mudah jawapannya, siapa tidak kenal Anwar yang menjadi pengikut setia BN sejak berzaman lagi. Dulu bukan main ‘laser’ mulut Anwar memaki hamun DAP, memaki hamun PAS sesuka hati dia. Pernah dulu Anwar melabel PAS sebagai parti maki hamun. Satu ketika dahulu kita berbangga mendengar ucapan penuh jenaka Anwar yang lantang menyindir pembangkang. PAS parti bodoh, PAS parti talam dua muka dan sebagainya. Pelbagai gelaran diberikan kepada PAS sepanjang Anwar masih berada di dalam pemerintahan BN. Paling teruk terkena makian dan sindiran Anwar pada ketika itu adalah Abdul Hadi yang pada ketika itu menyandang jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu. Hadi itu Hadi ini, bahkan Hadi pernah dikatakan gila talak kerana mendapat 200 undi dari kaum cina dan Anwar khuatir tindakan tersebut akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu. Bukan itu sahaja, Anwar pernah menggelar PAS sebagai Parti Abu Jahal dan Abu Lahab kerana perjuangan palsu PAS yang begitu bijak mengambil hati orang Melayu khususnya pada waktu itu dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk meraih undi. Seperti yang dilakukan Anwar kini – bersekongkol dengan orang-orang bukan Melayu dan menggadaikan bangsa sendiri, itu lah yang di ucapkan dia sewaktu memaki-hamun PAS pada ketika itu dengan mengatakan parti mengkhianati Melayu untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu. “Kita takut kalau-kalau tindakan PAS itu ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kesannya nanti menang sorang kampung tergadai”. (Petikan dari Berita Harian 27 September 1985) Sewaktu zaman kegemilangan dalam BN, Anwar menyifatkan PAS sebagai Parti Mat jenin, Anwar seperti sedang bercakap dengan cermin, kerana tanpa dia sedari  perjuangan dia dalam Keadilan juga sudah terang-terangan adalah seperti pembangkang lain, perjuangan mat jenin yang diibaratkan bermimpi di siang hari, strategi kotor dan jalan kosong untuk menduduki Putrajaya. Apa rancangan konkrit Keadilan dalam membangunkan negara? Mungkin perjuangan menegakkan fahaman songsang LGBT agaknya. ‘Layanan sama adil’ diberikan kepada mereka yang bernafsu songsang. Mungkin itu yang dipertahankan oleh bekas ‘pejuang Islam nombor wahid’ ini. Seronok apabila mengimbas kembali kata-kata ‘magic’ Anwar sewaktu berada di bawah naungan BN dahulu. Bukan PAS sahaja yang menjadi mangsa ‘hero Malaya’ ini, malah pembangkang lain seperti DAP juga pernah makan habuan Anwar. Jika tadi Abdul Hadi Awang ditempelak sehabis mungkin oleh Anwar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang juga tidak ketinggalan. Selain digelar pengecut, DAP pimpinan Lim Kit Siang ini juga dianggap tidak peduli akan nasib bangsa lain dan Anwar juga mempersoalkan pembabitan orang Melayu dalam DAP sedangkan sudah terang-terangan DAP menolak bahasa kebangsaan, dasar pelajaran dan mempertikaikan usaha kerajaan membela nasib orang Melayu. Bukan itu sahaja, dalam petikan laporan berita harian 1991, Anwar ada mengulas mengenai tindakan DAP yang membantah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan berkata DAP hanya mementingkan orang kaya sahaja. Kata Anwar ketika dalam BN ialah rakyat akan menghadapi masalah jika pengambilan tanah untuk pembangunan akan mengalami masalah sekiranya tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Seperti perjuangan kosong Anwar dalam Keadilan hari ini, dia juga pernah menganggap DAP tidak diperlukan langsung dalam memimpin negara dan pernah berkata DAP hanya mempertahankan kaum cina sahaja di Pulau Pinang dan menentang sebarang bentuk pembangunan luar bandar yang melibatkan orang Melayu. Anwar sekarang menjilat muntah sendiri, walaupun kotor di telan jua untuk kepentingan politik. 

Thursday 25 October 2012

Bantahan pelajar sekolah agama di hadapan parlimen.


Tanggal 11/10/2012 yang lalu, satu bantahan terhadap bajet 2013 oleh para pelajar beberapa sekolah agama di negara kita telah mengadakan bantahan terhadap bajet 2013 yang telah di bentang oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak yang lalu. Agak terkejut melihat ‘kesungguhan’ pihak pembangkang menentang UMNO dan telah melakukannya dengan pelbagai cara dan strategi untuk menjatuhkan kerajaan yang sedia ada memimpin negara kita. Dianggarkan lebih kurang 500 orang menyertai bantahan keras bermotif songsang di hadapan bangunan Parlimen pagi itu. Sungguh mengejutkan tatkala melihat pelbagai peringkat umur menyertai mogok tersebut, tidak kira tua atau muda, semua nya ada.
Persoalan yang mungkin timbul di benak fikiran sesiapa yang melihat bantahan itu adalah, berapa umur pelajar-pelajar ini dan tahu kah mereka apa yang telah mereka lakukan di hadapan bangunan Parlimen ini bersama manusia-manusia pro pembangkang itu? Adakah mereka faham akan maksud ‘Mampus UMNO’ seperti yang dilaung-laungkan tali barut pembangkang itu? Simpati penulis melihat tenaga muda yang telah dipergunakan oleh manusia yang tidak bertanggungjawab di atas tujuan politik kotor yang sekian lama menjadi fenomena negara. Tindakan yang tidak wajar sama sekali mencerminkan ideologi dan mentaliti dalang di sebalik bantahan itu.  

Wednesday 24 October 2012

PRU penentu jatuh naik negara

Pejam celik kita semakin hampir dengan Pilihan Raya Umum kali ke-13 tidak lama lagi. Sudah tentu bermacam cerita akan kita dengar sebelum dan selepas PRU13 ini. Ada yang menggelikan hati, akan ada perasaan tidak ketinggalan juga akan ada pihak yang melancarkan perang untuk kali kedua selepas PRU13 itu sendiri. Bagi pihak-pihak luar yang tidak berpuas hati dengan keputusan PRU itu nanti sudah tentu akan mula berfikir taktik-taktik kotor. Berkempen di sana- sini untuk meracuni fikiran rakyat. Tidak ketinggalan juga ada di antara pembangkang ini yang merangka bajet mereka yang tidak munasabah dan tidak masuk akal, bajet yang menjaga kepentingan sesuatu pihak sahaja. Menjelang PRU13 yang bakal menjelma dan akan berlaku bila-bila masa dari sekarang, kerajaan kita semakin sibuk memikirkan kemungkinan buruk yang bakal tiba, yalah kata orang , fikirkan kemungkinan yang buruk dahulu sebelum mencapai kejayaan yang kita semua sudah tahu akan tiba. termasuklah mengarahkan jentera BN untuk menyelesaikan masalah sabotaj dalam PRU13 dalam masa terdekat, arahan yang dibawa oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin maka sudah tentu si pemantau haruslah seorang yang berfiran dan berjiwa liberal bagi memastikan masalah tersebut dapat ditangani 100%, bersih, tiada mainan kotor. 


Sudah sifat pembangkang


Sesuai dengan tajuk ‘entry’ pada kali ini yang seakan-akan sudah akur dengan sikap serta sifat pembangkang yang bukan sahaja sering menabur fitnah dan tidak berpuas hati dengan cara pentadbiran kerajaan yang sedia ada. Apa saja  lubang yang mereka nampak akan diisi dengan kata-kata fitnah serta ideologi sempit mereka yang kotor. Kadangkala usaha tersebut seakan-akan memperlekehkan usaha kerajaan untuk membantu rakyat di negara ini. Seperti apa yang telah dikatakan oleh Perdana Menteri kita yang kita yakni orang Melayu yang sudah muak dan bosan dengan taktik kotor pembangkang misalnya DAP yang kononnya memperjuangkan pelbagai kaum di Malaysia. Wajarkah mereka mempersoalkan perlembagaan negara yang sekian lama menjadi asas kepada pembangunan manusia sejagat?  Kononnya pembangkang ini parti demokratik yang menjaga semua kepentingan kaum di negara namun hakikat yang semua sudah sedia maklum bahawa DAP hanya menjaga kepentingan satu kaum sahaja dan tidak kisah apa yang akan terjadi pada kaum-kaum lain, jatuh robohnya kaum lain pasti tidak akan diambil kira. Di dalam  Utusan Harian Online hari ini (22/10/12)yang ada menyebut mengenai pernyataan Perdana Menteri yang menyifatkan reformasi yang dibawa oleh DAP hanya sekadar slogan  dan sehubungan  dengan itu beliau telah mencabar pembangkang ini untuk bertanding di kawasan Melayu. Barulah tahu langit itu tinggi ataupun rendah. Hanya omong kosong sahaja tidak mencukupi, mulut hati rakyat hendaklah dijaga juga wahai pembangkang. Pembangkang hanya tahu mencanang  cerita dan meracun fikiran rakyat dengan menuduh kerajaan hanya ingin menang untuk memastikan kerusi di Putrajaya terjamin. Tetapi jika dilihat balik segala jasa kerajaan membantu rakyat selama ini, tidak salah lagi bahawa kerusi di Putrajaya akan menjadi milik kerajaan sampai bila-bila. Manakala pembangkang hanya akan terus bermimpi di siang hari selain memikirkan taktik seterusnya untuk mengambil hati rakyat dalam apa jua cara kotor. Mereka tidak pernah peduli. 

Thursday 18 October 2012

Suatu ketika dulu di Sabah...

Perjanjian Damai Bangsamoro dengan Kerajaan Filipina memberi kesan besar kepada keselamatan Sabah khasnya kemasukkan pendatang asing atas tiket peperangan. Puluhan tahun alasan itu menjadi faktor pendorong untuk orang awam Kepulauan Mindanao berpindah ke Sabah mencari perlindungan nyawa dan sesuap nasi pagi dan petang hingga menimbulkan masalah besar politik, ekonomi dan sosial kepada Malaysia dan Kerajaan Negeri. Menguruskan pelarian dan pendatang asing bukanlah mudah, apalagi dalam bilangan yang begitu ramai. Mereka bukan sampah atau manusia tiada nyawa yang boleh dibelasah sewenang-wenangnya. mereka adalah manusia mangsa peperangan. Malaysia juga sebuah negara yang tertakluk kepada undang-undang antarabangsa dan dunia Islam. masyarakat Sabah yang lemah lembut dan ajaran agama yang dipegang kuat mendorong kepada lambaian untuk membantu mereka. Golongan kapitalis, perniagaan dan perladangan mengambil kesempatan kebanjiran pendatang untuk mengaji pendatang asing dengan gaji yang cukup murah. Himpunan faktor penolak dan penarik ini berlakulah masalah kebanjiran pendatang asing di Sabah hingga tertubuhnya RCI...Kita berdoa keamanan abadi akan wujud di selatan Filipina itu dan Sabah dapat menguruskan masalah pendatang asing dengan lebih cepat lagi.

JASA dan Dasar Kerajaan...

Pembangkang mendakwa ada agensi kerajaan seperti Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) apabila membantu menerangkan kepada rakyat tentang bajet 2013 dan isu lain yang diputarbelitkan oleh pembangkang dianggap sebagai membantu BN dan membazirkan duit pembayar sukai. Pandangan pembangkang ini amat dangkal dan tidak mahu mengakui hakikat bahawa tugas hakiki jabatan itu adalah menyampaikan dasar2dasar kerajaan dan sekaligus memperbetulkan tanggapan salah akibat kempen dan fitnah pembangkang. Selagi ada kekeliruan di kalangan rakyat terhadap satu-satu dasar kerajaan, selagi itulah JASA dan agensi-agensi kerajaan yang lain akan bertindak membetulkan kekeliruan berkenaan. Negeri-negeri pembangkang juga mencontohi konvensyen ini dimana agensi-agensi di bawah tadbir urusnya mempertahankan dasar-dasar kerajaan negeri masing-masing. Justeru, tidak ada peliknya sebuah agensi kerajaan mempertahankan dasar-dasar kerajaan yang memerintah masa kini. sementelah pula apa yang dilaksanakan oleh kerajaan adalah baik untuk rakyat.

Renungan Bajet 2013, BAJET BUNGA TELUR??

Mungkin itu lumrah manusia, sudah diberi betis hendakkan peha pula. Mungkin itu perumpamaan yang paling sesuai diberikan kepada sesetengah manusia yang tidak pernah puas akan nikmat yang diberikan. Ada terbaca artikel di salah sebuah blog terkenal di malaysia yang menggelar rangkuman Bajet 2013 yang dibentang oleh Datuk seri Najib Razak sebagai BAJET BUNGA TELUR. Memancing undi katanya, sedangkan itu menjadi tanggungjawab kerajaan untuk meringankan beban rakyat. Segelintar yang tidak masih puas sahaja yang berpendapat sebegitu. Memalukan. kata blogger itu juga, bajet tersebut diharapkan dapat mengekalkan rasa suka di hati rakyat sehingga menjelang PRU13 nanti. Bajet Bunga Telur dianggap diberi sekali dalam 4 tahun dan tidak member apa-apa faedah kepada si penerima dan sebagai kenang-kenagan sahaja. Motif bajet tersebut adalah untuk mendapatkan mandat BN sahaja. Apa yang pasti, jika dibandingkan dengan janji pembangkang yang kita maklum hanyalah bajet bayang-bayang sahaja, yakni tidak nampak hasilnya berbanding usaha teru-terusan dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat mendapat faedah secukupnya sepanjang masa. Satu kotak fikiran yang sempit cuba disampaikan pro-pembangkang melalui kaedah pembacaan.

Wednesday 17 October 2012

Jasanya melimpah-ruah, kenapa perlu dihina?


Isu ini tidak sepatutnya berlaku. Bagaimana seorang bekas Perdana Menteri Malaysia dihina dan dipertikaikan kewibawaan beliau tidak kira apa juga tindakan yang dilakukan beliau. Susulan berita yang dipetik di dalam Utusan Malaysia tempoh hari yang menyebut mengenai Ketua Publisiti DAP, Tony Pua yang begitu biadab menghina Tun Mahathir sebagai seorang yang sudah nyanyuk dan tidak relevan. Ini adalah susulan daripada kenyataan Tun Mahathir yang semalam yang menyifatkan memberi undi kepada pakatan pembangkang sama seperti mengundi George Soros iaitu penyangak mata wang yang kejam.  Menurut Tony juga yang dengan angkuhnya seperti tidak mahu ‘melayan’ kerenah Tun Mahathir yang dianggapnya sudah tidak tahu berfikir dengan rasional kerana sudah bersara lama dari bidang politik. Mungkin Ketua Publisiti DAP itu terasa dengan kata-kata Tun Mahathir yang menegaskan penglibatan Soros yang menggunakan wang untuk meletakkan calon pilihan raya untuk memerintah negara yang disasarkan seperti mana yang dilakukan melalui Open Society Institute dalam menukar pemerintah di Georgia. Terlebih dahulu dalam berita yang dipetik daripada Utusan Malaysia yang juga ada menyebut mengenai Dr.Mahathir yang jelas menunjukkan pembabitan Soros melalui Open Society dalam menukar pemerintah dan beliau juga menegaskan bahawa Malaysia adalah sasaran Soros yang seterusnya.