Followers

Wednesday 31 October 2012

Anwar: Dulu lain, Sekarang lain. Percakapan itu cermin hati.


Siapa yang sanggup menjilat kembali ludah najis yang telah terhambur? Mudah jawapannya, siapa tidak kenal Anwar yang menjadi pengikut setia BN sejak berzaman lagi. Dulu bukan main ‘laser’ mulut Anwar memaki hamun DAP, memaki hamun PAS sesuka hati dia. Pernah dulu Anwar melabel PAS sebagai parti maki hamun. Satu ketika dahulu kita berbangga mendengar ucapan penuh jenaka Anwar yang lantang menyindir pembangkang. PAS parti bodoh, PAS parti talam dua muka dan sebagainya. Pelbagai gelaran diberikan kepada PAS sepanjang Anwar masih berada di dalam pemerintahan BN. Paling teruk terkena makian dan sindiran Anwar pada ketika itu adalah Abdul Hadi yang pada ketika itu menyandang jawatan Pesuruhjaya Pas Terengganu. Hadi itu Hadi ini, bahkan Hadi pernah dikatakan gila talak kerana mendapat 200 undi dari kaum cina dan Anwar khuatir tindakan tersebut akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu. Bukan itu sahaja, Anwar pernah menggelar PAS sebagai Parti Abu Jahal dan Abu Lahab kerana perjuangan palsu PAS yang begitu bijak mengambil hati orang Melayu khususnya pada waktu itu dengan menggunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk meraih undi. Seperti yang dilakukan Anwar kini – bersekongkol dengan orang-orang bukan Melayu dan menggadaikan bangsa sendiri, itu lah yang di ucapkan dia sewaktu memaki-hamun PAS pada ketika itu dengan mengatakan parti mengkhianati Melayu untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu. “Kita takut kalau-kalau tindakan PAS itu ibarat yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran. Kesannya nanti menang sorang kampung tergadai”. (Petikan dari Berita Harian 27 September 1985) Sewaktu zaman kegemilangan dalam BN, Anwar menyifatkan PAS sebagai Parti Mat jenin, Anwar seperti sedang bercakap dengan cermin, kerana tanpa dia sedari  perjuangan dia dalam Keadilan juga sudah terang-terangan adalah seperti pembangkang lain, perjuangan mat jenin yang diibaratkan bermimpi di siang hari, strategi kotor dan jalan kosong untuk menduduki Putrajaya. Apa rancangan konkrit Keadilan dalam membangunkan negara? Mungkin perjuangan menegakkan fahaman songsang LGBT agaknya. ‘Layanan sama adil’ diberikan kepada mereka yang bernafsu songsang. Mungkin itu yang dipertahankan oleh bekas ‘pejuang Islam nombor wahid’ ini. Seronok apabila mengimbas kembali kata-kata ‘magic’ Anwar sewaktu berada di bawah naungan BN dahulu. Bukan PAS sahaja yang menjadi mangsa ‘hero Malaya’ ini, malah pembangkang lain seperti DAP juga pernah makan habuan Anwar. Jika tadi Abdul Hadi Awang ditempelak sehabis mungkin oleh Anwar, pemimpin DAP, Lim Kit Siang juga tidak ketinggalan. Selain digelar pengecut, DAP pimpinan Lim Kit Siang ini juga dianggap tidak peduli akan nasib bangsa lain dan Anwar juga mempersoalkan pembabitan orang Melayu dalam DAP sedangkan sudah terang-terangan DAP menolak bahasa kebangsaan, dasar pelajaran dan mempertikaikan usaha kerajaan membela nasib orang Melayu. Bukan itu sahaja, dalam petikan laporan berita harian 1991, Anwar ada mengulas mengenai tindakan DAP yang membantah Akta Pengambilan Tanah 1960 dan berkata DAP hanya mementingkan orang kaya sahaja. Kata Anwar ketika dalam BN ialah rakyat akan menghadapi masalah jika pengambilan tanah untuk pembangunan akan mengalami masalah sekiranya tidak dilaksanakan oleh kerajaan. Seperti perjuangan kosong Anwar dalam Keadilan hari ini, dia juga pernah menganggap DAP tidak diperlukan langsung dalam memimpin negara dan pernah berkata DAP hanya mempertahankan kaum cina sahaja di Pulau Pinang dan menentang sebarang bentuk pembangunan luar bandar yang melibatkan orang Melayu. Anwar sekarang menjilat muntah sendiri, walaupun kotor di telan jua untuk kepentingan politik. 

No comments:

Post a Comment