Followers

Tuesday 15 January 2013


Kebebasan dalam konteks demokrasi berpelembagaan, bukan bersifat 'tepi jalan', apa yang diperjuangkan adalah kedamaian, lihatlah saja hasil daripada Himpunan yang telah dianjurkan tempoh lalu, bukankah itu adalah simbol kepada kemanan? Itulah yang dikatakan kejayaan yang bekerja keras untuk membela nasib rakyat!

Saturday 12 January 2013



Contoh kebebasan yang haprak, pencabulan hak majoriti rakyat, inikah yang dikatakan perjuangan yang halal?

Tuesday 8 January 2013

Jentera yang kukuh, kekuatan BN



Isu demi isu telah pun dilalui sepanjang tahun 2012. Pelbagai isu dari yang baik kepada yang kurang enak didengar. Pelbagai permasalahan juga telah Berjaya diselesaikan dengan jayanya oleh BN sepanjang tahun 2012. 2012 menyaksikan pembentangan bajet 2013 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, seperti yang dijangka, ada yang tertarik dan menyokong penuh usaha BN untuk membantu serta menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tidak ketinggalan juga yang mengecam tindakan dan rangka keputusan PM itu. Bak kata orang, sudah diberi betis, hendakkan peha pula. Bukannya mudah untuk menjaga hati semua pihak. Apa yang dirancang pastinya dijadikan isu untuk ditokok tambah dan menyebarkan fitnah. Setiap dalang pembangkang menjanjikan kerusi Putrajaya untuk dinaungi. Berlumba-lumba. Bukan untuk menyenangkan hati rakyat pun, bukan untuk membantu menaikkan taraf hidup, malah makin menyusahkan adalah. Pencacai pembangkang sememangnya melakukan kerja dengan ‘berkesan’ apabila Berjaya meyakinkan rakyat bahawa merekalah yang seharusnya ‘disanjung’ serta ‘dipuja’. PRU13 ini belum nampak lagi bila akan berlaku, namun jentera BN sememangnya sudah bersedia untuk menghadapi apa jua kemungkinan yang kunjung tiba. Perdana Menteri sendiri yakin bahawa perjuangan BN selama ini akan menjanjikan kemenangan lagi kali ini. 

Walaupun terdengar cakap-cakap belakang kononnya ada beberapa buah negeri akan berada di ambang kejatuhan dan seterusnya dijajah pembangkang, namun itu tidak akan sesekali menakutkan jentera BN. Beberapa hari lalu, hati ini hancur luluh tatkala melalui sekitar beberapa jalan utama di sekitar negeri Selangor, bukan sahaja jalan utama, tetapi jalan-jalan yang agak tersorok yang tidak terjaga, berlubang sana-sini. Hati teringatkan pengguna-pengguna jalan raya yang banyak berhabis untuk membayar cukai jalan, dengan harapan keselamatan dan kebajikan terjaga, namun itukah balasannya? Mungkin bagi pengguna kereta, risiko untuk kemalangan itu kurang, tetapi bagi pengguna motosikal dan sebagainya? Mati katak?!! Sementara pakatan pembangkang yang memerintah masih lena dibuai mimpi, menunggu duit berjuta-juta masuk ke perut. Rakyat negeri Selangor harus membuka mata, melihat dengan mata hati akan tampuk pemerintahan pembangkang yang mengarut serta tidak masuk akal, pandai berjanji tetapi tidak mampu untuk ditepati. Sepanjang tahun 2008 hinggalah sekarang (2013), apa guna rakyat merungut akan sistem pemerintahan yang tidak sistematik, tetapi apabila PRU menjelang, masih juga mengundi pembangkang. Pencacai pembangkang ini datangnya dari pelbagai jenis manusia, malah artis pun ada. Kata orang, bertukar-tukar pendekatan, jika pendekatan yang keras menjadi batu penghalang, maka pendekatan bersifat keagamaan pula diambil kira. Namun adakah pembangkang ini sedar cara tersebut telah membuatkan mereka semakin menjengkelkan? Malah lebih hebat lagi turut mendoakan kejatuhan sesama umat islam. Tidak boleh diterima akal langsung. Terlalu banyak isu sensetif yang berkait dengan agama dijadikan alat permainan oleh pembangkang yang bersifat binatang ini. Bukan kejam sehingga ada yang terbunuh, namun pelaksaan yang diusulkan mampu membunuh fikiran logik seseorang manusia. Bersifat binatang itu adalah lebih kepada kurangnya akal yang luas yang mampu menghasilkan langkah bijak yang mampu memimpin rakyat ke arah kemajuan. Yang terbaru adalah isu penggunaan kalimah Allah dalam Bible versi bahasa melayu. Kenapa seperti tiada usul lain yang selayaknya dibentangkan? Kenapa perlu menaikkan amarah umat Islam Malaysia? Lihatlah corak pemerintahan mereka. Hanya mementingkan satu kaum sahaja, jika begitu lah gayanya, lebih elok kiranya DAP balik ke negara asal masing-masing. Jaga kaum sendiri sahaja. Namun berbeza dengan corak pemerintahan BN, yang bersifat menyeluruh, menjaga kebajikan semua kaum. Sehubungan dengan itu, sebagai rakyat yang mampu berfikir secara matang, bukalah mata hati anda dengan seluas-luasnya, fikirkan masa depan generasi akan datang. Kemenangan BN nanti bukanlah untuk parti sahaja, tetapi kemenangan untuk semua. 



Friday 28 December 2012

Isu penggunaan Khalimah Allah dalam kitab Bible


Isu ini begitu hangat diperkatakan dalam akhbar dan pelbagai media elektronik mahupun media cetak baru-baru ini. Ada yang mengutuk serta mengecam tuntutan penganut agama Kristian untuk menggunakan khalimah Allah dalam Bible. Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa jawapan kepada isu ini adalah sangat mudah, sesiapa yang terfikir untuk membuat tuntutan seperti ini sudah pasti akan dikecam oleh umat Islam yang sekian lama memperjuangkan kesucian khalimah Allah. Penjelasan apa lagi yang dimahukan si Lim Guan Eng yang seolah-olah melampaui batas kerana dengan sengaja menimbulkan provokasi dengan menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah Allah dalam kitab Bible dalam versi bahasa Melayu. Mungkin sukar bagi Guan Eng untuk menghormati agama lain di negara ini. Seperti hujah yang telah diberikan oleh ahli parlimen Baling, kedah, Taib Azamudden Md Taib adalah tidak sesuai menggunakan khalimah Allah dalam agama lain kerana akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penganut agama lain, tidak kira lah penganut agama Buddha mahupun agama Hindu, dalam konteks lain, beliau cuba menyampaikan bahawa nama Allah adalah hak milik agama Islam sahaja, bukan digunakan secara pelbagai oleh agama lain. Menurut beliau juga, jika khalimah Allah ini digunakan untuk tujuan berdakwah kepada agama lain, adalah tidak menjadi masalah untuk digunakan. Antara lain beliau menyelitkan mengenai pemahaman rakyat dengan budaya ketimuran di Malaysia. Dalam Parlimen baru-baru ini, rata-rata ahli parlimen lain turut bersetuju dengan kenyataan Azamudden ini. Selain itu, Dr Haron Din juga turut melahirkan rasa terkilan beliau terhadap isu ini. Ketika memetik beberapa potong ayat suci dari Surah Al Ikhlas, “"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".- ayat ini yang membawa maksud bahawa tiada sebarang perbandingan dengan-Nya, tiada sebarang sekutu bagi-Nya, dan jika Allah kita digunakan oleh orang bukan Islam, khususnya orang Kristian, alangkah sedihnya jika nama Allah jika digunakan di gereja dan lebih tercemar nama Allah ini jika diletakkan di Salib. Daripada hujah Dr Haron Din ini kita tahu bahawa beliau amat mempertahankan kesucian nama Allah. Jika penggunaan ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan kepada Islam, ianya tidak boleh digunakan.


Berbeza pula dengan ketua pembangkang yang sekian lama mencetuskan segala jenis provokasi, beliau menyokong penggunanaan Khalimah Allah ini oleh dalam Bible, dengan membandingkannya dengan negara-negara lain seperti Indonesia, Tunisia dan sebagainya. Cuba anda bayangkan jika ditakdirkan Allah bahawa Anwar menjadi PM dan beliau membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah di atas nama toleransi, maka kita akan melihat gereja-gereja di seluruh Malaysia menggunakan nama Allah, apakah perasaan kita?

Membongkar misteri ikan mati di Pengerang...


Sebelum 2004, Pengerang bukanlah satu nama kawasan yang sering kita dengar, orang Johor sendiri jarang menyebut Pengerang, asalnya ia hanyalah satu daerah di dalam Parlimen Kota Tinggi.

Hanya setelah persempadanan semula kawasan pilihanraya dibuat oleh SPR, Pengerang menjadi kawasan Parlimen sendiri dan diwakili pula oleh Datuk Seri Azalina Othman Said.

Azalina yang pada ketika itu baru melepaskan jawatan Ketua Puteri UMNO menang tanpa bertanding di Pengerang.

Secara tradisinya, tidak ada pembangkang di kawasan tersebut, pada pilihanraya 2004 dan 2008, kedua-duanya dimenangi oleh Azalina tanpa bertanding.

Mempunyai seorang pemimpin yang dominan (Azalina adalah Menteri Kabinet sehingga April 2009) sedikit sebanyak membantu memperkenalkan Pengerang.

Daerah yang dulu jarang disebut dan sering digelar tempat 'jin bertendang' mula menarik perhatian masyarakat.

Kini dengan adanya projek hab minyak dan gas bersepadu dan tercanggih di Asia Pasifik, nama Pengerang sudah jadi tajuk berita antarabangsa.

Apabila ada projek besar dan berkepentingan nasional di situ, maka cepatlah pembangkang datang berkempen.

Ada macam-macam agenda yang dibawa, bagi DAP, seperti kenyataan media Lim Guan Eng pada 26 Oktober lalu, perjuangan parti itu mudah "mengkaji semula lokasi RAPID di Pengerang, Johor."

Semua maklum projek tersebut bakal menjejaskan ekonomi Singapura yang bergantung kepada eksport minyak walaupun negara tersebut tidak ada setitik minyak.

40 peratus dari hasil eksport di perlabuhan Singapura adalah minyak dan dengan adanya RAPID di Pengerang, baik dari segi lokasi dan kos, pengimport minyak sudah pasti memilih Pengerang.

Kempen pembangkang membawa tema alam sekitar, sesuatu yang lawak, jika Singapura hendak diambik kira, hab minyak di republik tersebut terletak di Perlabuhan Jurong, juga di tengah-tengah bandar, tidak pula kita dengar soal pencemaran?

Soalnya untuk semua projek seperti RAPID, ia sudah tentu melibatkan teknologi terkini dan canggih. Keselamatan adalah perkara utama apabila kita bercakap soal projek ratusan bilion.

Bagi Pengerusi Independent Terminal Sdn Bhd Ngau Boon Keat (gambar), berdasarkan pengalaman Dialog Group Berhad (Dialog) syarikat pertama yang menjalankan pembinaan di kawasan tersebut, kajian-kajian telah dilaksanakan mengambil kira keadaan alam sekitar, trafik marin dan darat serta impak sosial di dalam kawasan pembangunan.

Sebagai contoh, Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) telahpun dijalankan sebelum kerja pembinaan bermula.

"EIA telah dijalankan antara 2010 hingga 2011 sebelum kerja-kerja ke atas kawasan tebus tanah mula dijalankan akhir tahun lalu.

"Selain itu, langkah pengawalan pencemaran yang merangkumi udara, air, darat, bunyi dan bahan toksik telah diberi perhatian sebelum kerja pembangunan dijalankan," ujar beliau.

Menurutnya, dari segi kesihatan, keselamatan, sekuriti dan alam sekitar (HSSE) pembangunan Pengerang akan mematuhi semua piawaian dalam negara dan antarabangsa, iaitu Stadard and Industrial Reseach of Malaysia (SIRIM), Internasional Association of Oil and Gas Producers (OGP) International Organization for Standardzition (ISO) American Petroleum Institute (API) dan International Labour Organisation (ILO).

Mudah cerita, semua aktiviti yang dijalankan tidak membahayakan kesihatan pekerja dan penduduk.

Ngau Boon Keat bercakap berdasarkan fakta, cuma pemimpin pembangkang yang jual isu berdasarkan auta.

Contohnya pemimpin PKR Johor dalam sesi dialog dengan penduduk Pengerang pada 17 Mac lalu mendakwa kilang yang hendak dibina di Pengerang merupakan kilang radioaktif yang sama dengan Lynas di Pahang.

Faktanya tidak ada kilang tersebut dan tuntutan Chua juga berubah seiring dengan masa, memula hapuskan, kemudian pindah ke tempat lain, akhir sekali tanggung pulak.

Di internet, blog-blog pembangkang heboh cerita tentang penemuan bangkai ikan di persisiran Sungai Buntu, Pengerang 7 Oktober lalu.

Kononnya bukan ikan saja mati, tetapi anjing yang makan ikan pun mati juga.

Agendadaily yang berkunjung ke Pengerang baru-baru ini tanya sendiri orang tua-tua di kawasan tersebut.

Semuanya senyum apabila buka cerita pasal bangkai ikan di Sungai Buntu dan Sungai Kapal yang ditemui pada 7 Oktober lalu.

Seorang dari mereka, Haji Ghazali Abas (gambar kanan) kemudiannya buka cerita.

Menurut beliau, semua itu hanya perang propaganda orang yang tidak senang dengan projek RAPID di Pengerang.

Jelas beliau, sebelum kejadian ikan mati di dua kawasan kecil di Pengerang itu, terdapat enam aktivis dari negara luar telah datang ke Pengerang menggunakan visa pelancong. (gambar kiri, bawah)

"Enam orang aktivis luar negara ini ajar cara-cara hendak lawan berdasarkan pengalaman projek yang hampir sama pernah dicadangkan di Taiwan tetapi dibatalkan.

"Sebab utama pembatalannya adalah kerana kawasan yang dicadangkan itu merupakan tempat pembiakan ikan lumba-lumba, jadi perlawanan penduduk tempatan, aktivis alam sekitar dan aktivis haiwan menyebabkan kerajaan Taiwan batalkan projek di sana.

"Tidak lama selepas kumpulan tersebut balik, ikan tiba-tiba mati di Sungai Buntu dan Sungai Kapal. Dua tempat itu sahaja, ini agak pelik memandangkan jika pencemaran air, ia patut meliputi kawasan yang lebih luas, bukan hanya dua kawasan kecil saja.

"Ikan yang mati itu pulak sama saiz dan kebanyakkannya dari jenis yang sama.

"Bila kita periksa, kita tengok yang mati tu ikan saiz besar, mata merah, mungkin kena racun, sebab itu bila anjing makan, anjing pun mati.

"Kalau benar pencemaran, nelayan di Pengerang sudah lama berhenti tangkap ikan, sebab jika anjing makan anjing mati, kalau manusia makan kurang-kurang sakit perut? tapi tidak pernah pulak kita dengar ada kejadian macam itu.

"Malah ia jadi sekali sahaja, beberapa hari, kemudian terus senyap," katanya.

Ada nelayan Pengerang yang beritahu, kejadian ikan mati selama lima hari tersebut, adalah kali pertama yang mereka saksinya sejak puluhan tahun dulu.

Dan yang Haji Ghazali dan orang kampung peliknya, kalau benar kata ikan mati sebab pencemaran, projek baru mula tambak tanah, mana ada kilang lagi, kot mana datang sisa toksid?

Kesimpulannya mudah, bagi Haji Ghazali yang juga merupakan Setiausaha UMNO Bahagian Pengerang, semua itu diada-adakan sahaja.

"Perang propaganda bagi membentu persepsi bahawa projek tersebut tidak selamat,"ujarnya.

Macam juga cerita kononnya ikan dugong mati di Pengerang, semuanya lebih bersifat sensasi untuk tarik perhatian orang luar, sebab orang Pengerang sendiri tahu, tak ada dugong di perairan tersebut.

"Dugong apanya, tengok ratusan kapal di sepanjang peraiaran ini, kalau ada dugong dah lama mati, laluan ini sibuk dengan kapal yang keluar masuk port Singapura, ada yang berlabuh, sejak puluhan tahun dulu,  bukan kawasan dugong, tiba-tiba ada bangkai dugong, sekor saja, tak pelik ke?," soalnya ketawa.

Ketika Agendadaily ke Pengerang pada 16 hingga 18 Disember lalu, tidak ada laporan ikan mati. Bahkan nelayan di sana sudah melupakan kejadian tersebut, mereka meneruskan rutin biasa menangkap ikan dan menjualnya di pasar. Dugong pun hanya mati sekali itu sahaja. Tidak ada Dugong lain yang mati di Pengerang sebelum dan selepas, hebohnya dugong mati di situ oleh blog-blog pembangkang.

Mungkin ada orang luar yang termakan cerita itu, sebab itu apabila pembangkang buat Himpunan Hijau di Pengerang September lalu, 80 peratusnya orang luar yang datang ke situ.

Bagi orang Pengerang, yang 70 peratus dari kawasan tersebut adalah gugusan FELDA, kehadiran RAPID adalah rahmat dari Allah SWT kepada mereka.

Pembangunan yang dibawa ke kawasan tersebut sudah tentu, sedikit sebanyak, akan mengubah kehidupan mereka.

"Bagi kami, kehadiran RAPID adalah anugerah Allah SWT kepada masyarakat Pengerang, anak-anak kami, di masa akan datang tidak perlu lagi berhijrah untuk mencari rezeki,"ujar Haji Ghazali.....-SUMBER AGENDADAILY (www.agendadaily.com)-

Wednesday 28 November 2012

Perhimpunan hijau yang mencemari alam sekitar





Jika sesiapa yang berada di Kuala Lumpur pada 25 November 2012 yang lalu sudah tentu terganggu dengan kekecohan yang berlaku di hadapan Dataran Merdeka. Semua mata tertumpu ke arah sekumpulan manusia yang berpakaian serba hijau, seperti yang berlaku di Kuantan, Pahang sebelum ini. Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Hijau ini diadakan untuk membantah loji Nadir Bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng, dan telah diputuskan oleh mahkamah sebagai selamat. Perhimpunan yang disifatkan sebagai ‘menyusahkan’ orang ramai kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu negara. Antara yang menyertai perhimpunan itu ialah Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. 


Sudahlah menyebabkan kesesakan lau lintas, penganjur perhimpunan tersebut juga telah menyalahi undang-undang kerana tidak menghantar notis 10 hari sebelum perhimpunan dan hanya datang menunjukkan protes begitu sahaja. Perhimpunan tanda protes yang diketuai oleh Wong Teck itu juga telah mendapat amaran keras daripada pihak berkuasa namun mereka tetap bertegas ingin meneruskan bantahan. Tindakan telah diambil di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Wong Teck yang juga tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang kononnya ‘mengganggu’ kelancaran aktiviti mereka dengan mengatakan tindakan pihak berkuasa itu tidak adil kerana melanggar hak rakyat untuk bebas berhimpun. Kalau betul sekalipun ingin menunjukkan bantahan, biarlah dengan cara dan laluan yang betul, bukannya dengan cara membabi buta. Mungkin itulah sifat sebenar pembangkang yang hanya tahu mewujudkan kekecohan. Bukan itu sahaja, beberapa orang kanak-kanak juga dilihat dibawa bersama oleh ibu bapa masing-masing. Bukankah tindakan itu menunjukkan betapa lalai nya ibu bapa mereka demi kepentingan politik semata? Kita sedia maklum pembangkang membantah sekeras-kerasnya usul mengenai Lynas yang telah diluluskan dewan rakyat tempoh hari. Seperti yang dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang hairan dengan tindakan pembangkang membantah usul tersebut dan seharusnya memikirkan kepentingan rakyat dan negara, bukan politik semata.



Nik Aziz sudah tidak relevan


Kebelakangan ini pelbagai perkara pelik dilakukan PAS untuk memenangi hati rakyat. Jika cara ‘elok’ tidak jalan, guna cara halus pula. Mungkin berkempen menabur fitnah dilihat tidak berkesan menarik hati rakyat, umat Islam khas nya, seperti biasa menggunakan agama sebagai jalan pintas serta dianggap mudah untuk mengambil hati rakyat, bukan sahaja orang Melayu malah jiwa orang bukan Melayu. Baru-baru ini di Kota Baharu, PAS sibuk mengadakan majlis solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO! Majlis solat hajat tersebut diimamkan oleh adik Nik Aziz sendiri iaitu Nik Razi Nik Mat. Persoalan mudah untuk dijawab oleh sesiapa sahaja adalah; berkat kah majlis ini? Agenda yang tersirat di sebalik majlis tersebut tidak menjadi persoalan sejak semua sudah maklum dengan PAS yang sudah azali mempunyai ‘perangai tersendiri’ yang sukar difahami. Seperti yang dikatakan Dr.Asri, PAS merupakan parti yang tidak boleh menerima teguran, dalam erti kata lain, PAS parti ‘menggelabah’ dalam bahasa pasar seharian yang kita selalu guna. Adakah lebih mulia perbuatan PAS, jika mendoakan keselamatan orang-orang Palestin yang terseksa di Gaza, daripada mendoakan kehancuran sesama umat Islam di negera sendiri. Masuk akal kah tindakan PAS itu? Bukankah mereka parti mulia mewakili ajaran Islam, kenapa perlu mendoakan kehancuran dan bukan kesejahteraan negara? Memang betul kita mempunyai hak untuk mengadakan majlis keagamaan, itu pun jika disertakan niat yang betul. Ideologi yang berlainan dalam setiap parti bukanlah menjadi alasan untuk menjatuhkan pihak lain, jika PAS menganggap perjuangan BN dan UMNO bertentangan dengan Islam, apa salahnya jika PAS mendoakan agar BN dan UMNO kembali ke pangkal jalan dan memimpin dengan toleransi berteraskan ajaran Islam. Namun itu adalah hak PAS kerana ia tidak melanggar hak demokrasi negara. Cuma yang menjadi tanda tanya, kenapa perlu mendoakan kehancuran sesama Islam. Jika benar PAS merasa ditindas oleh UMNO, itu antara mereka dengan Allah, mereka tidak boleh menipu Allah.