Followers

Wednesday 28 November 2012

Nik Aziz sudah tidak relevan


Kebelakangan ini pelbagai perkara pelik dilakukan PAS untuk memenangi hati rakyat. Jika cara ‘elok’ tidak jalan, guna cara halus pula. Mungkin berkempen menabur fitnah dilihat tidak berkesan menarik hati rakyat, umat Islam khas nya, seperti biasa menggunakan agama sebagai jalan pintas serta dianggap mudah untuk mengambil hati rakyat, bukan sahaja orang Melayu malah jiwa orang bukan Melayu. Baru-baru ini di Kota Baharu, PAS sibuk mengadakan majlis solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO! Majlis solat hajat tersebut diimamkan oleh adik Nik Aziz sendiri iaitu Nik Razi Nik Mat. Persoalan mudah untuk dijawab oleh sesiapa sahaja adalah; berkat kah majlis ini? Agenda yang tersirat di sebalik majlis tersebut tidak menjadi persoalan sejak semua sudah maklum dengan PAS yang sudah azali mempunyai ‘perangai tersendiri’ yang sukar difahami. Seperti yang dikatakan Dr.Asri, PAS merupakan parti yang tidak boleh menerima teguran, dalam erti kata lain, PAS parti ‘menggelabah’ dalam bahasa pasar seharian yang kita selalu guna. Adakah lebih mulia perbuatan PAS, jika mendoakan keselamatan orang-orang Palestin yang terseksa di Gaza, daripada mendoakan kehancuran sesama umat Islam di negera sendiri. Masuk akal kah tindakan PAS itu? Bukankah mereka parti mulia mewakili ajaran Islam, kenapa perlu mendoakan kehancuran dan bukan kesejahteraan negara? Memang betul kita mempunyai hak untuk mengadakan majlis keagamaan, itu pun jika disertakan niat yang betul. Ideologi yang berlainan dalam setiap parti bukanlah menjadi alasan untuk menjatuhkan pihak lain, jika PAS menganggap perjuangan BN dan UMNO bertentangan dengan Islam, apa salahnya jika PAS mendoakan agar BN dan UMNO kembali ke pangkal jalan dan memimpin dengan toleransi berteraskan ajaran Islam. Namun itu adalah hak PAS kerana ia tidak melanggar hak demokrasi negara. Cuma yang menjadi tanda tanya, kenapa perlu mendoakan kehancuran sesama Islam. Jika benar PAS merasa ditindas oleh UMNO, itu antara mereka dengan Allah, mereka tidak boleh menipu Allah.

No comments:

Post a Comment