Followers

Wednesday 28 November 2012

Perhimpunan hijau yang mencemari alam sekitar





Jika sesiapa yang berada di Kuala Lumpur pada 25 November 2012 yang lalu sudah tentu terganggu dengan kekecohan yang berlaku di hadapan Dataran Merdeka. Semua mata tertumpu ke arah sekumpulan manusia yang berpakaian serba hijau, seperti yang berlaku di Kuantan, Pahang sebelum ini. Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Hijau ini diadakan untuk membantah loji Nadir Bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng, dan telah diputuskan oleh mahkamah sebagai selamat. Perhimpunan yang disifatkan sebagai ‘menyusahkan’ orang ramai kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu negara. Antara yang menyertai perhimpunan itu ialah Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. 


Sudahlah menyebabkan kesesakan lau lintas, penganjur perhimpunan tersebut juga telah menyalahi undang-undang kerana tidak menghantar notis 10 hari sebelum perhimpunan dan hanya datang menunjukkan protes begitu sahaja. Perhimpunan tanda protes yang diketuai oleh Wong Teck itu juga telah mendapat amaran keras daripada pihak berkuasa namun mereka tetap bertegas ingin meneruskan bantahan. Tindakan telah diambil di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Wong Teck yang juga tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang kononnya ‘mengganggu’ kelancaran aktiviti mereka dengan mengatakan tindakan pihak berkuasa itu tidak adil kerana melanggar hak rakyat untuk bebas berhimpun. Kalau betul sekalipun ingin menunjukkan bantahan, biarlah dengan cara dan laluan yang betul, bukannya dengan cara membabi buta. Mungkin itulah sifat sebenar pembangkang yang hanya tahu mewujudkan kekecohan. Bukan itu sahaja, beberapa orang kanak-kanak juga dilihat dibawa bersama oleh ibu bapa masing-masing. Bukankah tindakan itu menunjukkan betapa lalai nya ibu bapa mereka demi kepentingan politik semata? Kita sedia maklum pembangkang membantah sekeras-kerasnya usul mengenai Lynas yang telah diluluskan dewan rakyat tempoh hari. Seperti yang dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang hairan dengan tindakan pembangkang membantah usul tersebut dan seharusnya memikirkan kepentingan rakyat dan negara, bukan politik semata.



Nik Aziz sudah tidak relevan


Kebelakangan ini pelbagai perkara pelik dilakukan PAS untuk memenangi hati rakyat. Jika cara ‘elok’ tidak jalan, guna cara halus pula. Mungkin berkempen menabur fitnah dilihat tidak berkesan menarik hati rakyat, umat Islam khas nya, seperti biasa menggunakan agama sebagai jalan pintas serta dianggap mudah untuk mengambil hati rakyat, bukan sahaja orang Melayu malah jiwa orang bukan Melayu. Baru-baru ini di Kota Baharu, PAS sibuk mengadakan majlis solat hajat dan mendoakan kehancuran UMNO! Majlis solat hajat tersebut diimamkan oleh adik Nik Aziz sendiri iaitu Nik Razi Nik Mat. Persoalan mudah untuk dijawab oleh sesiapa sahaja adalah; berkat kah majlis ini? Agenda yang tersirat di sebalik majlis tersebut tidak menjadi persoalan sejak semua sudah maklum dengan PAS yang sudah azali mempunyai ‘perangai tersendiri’ yang sukar difahami. Seperti yang dikatakan Dr.Asri, PAS merupakan parti yang tidak boleh menerima teguran, dalam erti kata lain, PAS parti ‘menggelabah’ dalam bahasa pasar seharian yang kita selalu guna. Adakah lebih mulia perbuatan PAS, jika mendoakan keselamatan orang-orang Palestin yang terseksa di Gaza, daripada mendoakan kehancuran sesama umat Islam di negera sendiri. Masuk akal kah tindakan PAS itu? Bukankah mereka parti mulia mewakili ajaran Islam, kenapa perlu mendoakan kehancuran dan bukan kesejahteraan negara? Memang betul kita mempunyai hak untuk mengadakan majlis keagamaan, itu pun jika disertakan niat yang betul. Ideologi yang berlainan dalam setiap parti bukanlah menjadi alasan untuk menjatuhkan pihak lain, jika PAS menganggap perjuangan BN dan UMNO bertentangan dengan Islam, apa salahnya jika PAS mendoakan agar BN dan UMNO kembali ke pangkal jalan dan memimpin dengan toleransi berteraskan ajaran Islam. Namun itu adalah hak PAS kerana ia tidak melanggar hak demokrasi negara. Cuma yang menjadi tanda tanya, kenapa perlu mendoakan kehancuran sesama Islam. Jika benar PAS merasa ditindas oleh UMNO, itu antara mereka dengan Allah, mereka tidak boleh menipu Allah.

Friday 2 November 2012

Majlis Ibadah Korban JASA

Tanggal 29 Oktober yang lalu, Kelab Kebajikan dan Sukan (KKdS) JASA telah menganjurkan Majlis Ibadah Qurban yang bertempat di Padang Kawad, Kompleks Pejabat Kerajaan Bukit Perdana. pelbagai aktiviti seperti menyembelih lembu, melapah dan memasak juadah makan tengah hari.Majlis penuh bersejarah JASA ini juga turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Abu Talib Harun selaku Timbalan Ketua Pengarah JASA  Selain menjalankan ibadah wajib dalam Islam, program ini dianjurkan untuk mengeratkan lagi tali silaturrahim sesama pekerja JASA dan sekaligus berpeluang untuk mengenali diri masing-masing. tidak semestinya berkhidmat di bawah satu bumbung yang sama bermakna semua saling mengenali. Mari kita lihat beberapa gambar sepanjang program ini :





































Semoga program seperti ini akan dianjurkan lagi pada masa-masa yang akan datang.







Petikan kata-kata Hamka (1905-1981)






Kecantikan yang abadi terletak pada keelokkan adab dan ketinggian ilmu seseorang dan bukan terletak pada wajah dan pakaiannya.

Kata-kata yang lemah dan beradab dapat melembutkan hati dan manusia yang keras.

Bertambah kuat kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup dan bertambah naik tingkah laku dan akal budinya.

Pergaulan mempengaruhi didikan otak. Oleh itu, untuk kebersihan jiwa hendaklah bergaul dengan orang-orang beradap dan berbudi mulia yang dapat kita kutip manfaatnya.

Undang-undang adab dan budi pekerti membentuk kemerdekaan bekerja. Undang-undang akal membentuk kemerdekaan berfikir. Dengan jalan menambah kecerdasan akal, bertambah murnilah kemerdekaan berfikir.

Di dalam medan hidup, ada beberapa undang-undang yang harus dijaga dan diperhatikan. Ada yang berhubungan dengan kesihatan tubuh dengan keberesan akal dan yang berhubung dengan kemuliaan adab dan budi.

Hendaklah adab sopan anak-anak itu dibentuk sejak kecil kerana ketika kecil  sudah membentuk dan  mengasuhnya. Belum dirosakkan oleh adat kebiasaan yang sukar ditinggalkan.

Mengikut adab kesopanan, tetamu yang tidak menghormati diri dan tidak menghormati ahli rumah yang ditemui bukanlah orang yang patut dihormati.

Orang beradab pasti pandai menghormati keyakinan orang lain, walaupun dia sendiri tidak sesuai dengan keyakinan itu.

Bagaimana jua pun, kita hidup mesti beradab, di hapus adat lama pasti timbul adat baru.

Adil ialah menimbang yang sama berat, menyalahkan yang salah dan membenarkan yang benar, mengembalikan hak yang empunya dan jangan berlaku zalim diatasnya.

Berani menegakkan keadilan, walaupun mengenai diri sendiri adalah puncak segala keberanian.

Yang benar tetap benar, yang salah tetap salah. Kaya dan miskin di hadapan keadilan adalah sama.

Berkisar dan berpaling dari keadilan kerana dorongan hawa nafsu hanyalah mempersulitkan diri sendiri.

Adil dalam budi pekerti ialah perangai iffah. Adil menghadapi lawan ialah memakai perangai syajaah. Adil dalam pergaulan ialah menghindarkan lengah dan lalai. Adil dalam masyarakat ialah menenggelamkan kepentingan diri sendiri ke arah masyarakat bersama.

Keadilan yang ada pada diri seseorang raja, laksana sebentuk mutiara. meskipun yang empunya telah mati, mutiara itu tetap tinggal dengan cahayanya.

Membalas kebaikan dengan segera dengan kebaikan pula bernama keadilan, dan melambatkannya bernama aniaya.