Followers

Wednesday 28 November 2012

Perhimpunan hijau yang mencemari alam sekitar





Jika sesiapa yang berada di Kuala Lumpur pada 25 November 2012 yang lalu sudah tentu terganggu dengan kekecohan yang berlaku di hadapan Dataran Merdeka. Semua mata tertumpu ke arah sekumpulan manusia yang berpakaian serba hijau, seperti yang berlaku di Kuantan, Pahang sebelum ini. Perhimpunan yang dinamakan Perhimpunan Hijau ini diadakan untuk membantah loji Nadir Bumi Lynas yang sedang dibina di Gebeng, dan telah diputuskan oleh mahkamah sebagai selamat. Perhimpunan yang disifatkan sebagai ‘menyusahkan’ orang ramai kata Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, menyebabkan kesesakan lalu lintas di ibu negara. Antara yang menyertai perhimpunan itu ialah Pengerusi Himpunan Hijau, Wong Tack dan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail. 


Sudahlah menyebabkan kesesakan lau lintas, penganjur perhimpunan tersebut juga telah menyalahi undang-undang kerana tidak menghantar notis 10 hari sebelum perhimpunan dan hanya datang menunjukkan protes begitu sahaja. Perhimpunan tanda protes yang diketuai oleh Wong Teck itu juga telah mendapat amaran keras daripada pihak berkuasa namun mereka tetap bertegas ingin meneruskan bantahan. Tindakan telah diambil di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012. Wong Teck yang juga tidak berpuas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang kononnya ‘mengganggu’ kelancaran aktiviti mereka dengan mengatakan tindakan pihak berkuasa itu tidak adil kerana melanggar hak rakyat untuk bebas berhimpun. Kalau betul sekalipun ingin menunjukkan bantahan, biarlah dengan cara dan laluan yang betul, bukannya dengan cara membabi buta. Mungkin itulah sifat sebenar pembangkang yang hanya tahu mewujudkan kekecohan. Bukan itu sahaja, beberapa orang kanak-kanak juga dilihat dibawa bersama oleh ibu bapa masing-masing. Bukankah tindakan itu menunjukkan betapa lalai nya ibu bapa mereka demi kepentingan politik semata? Kita sedia maklum pembangkang membantah sekeras-kerasnya usul mengenai Lynas yang telah diluluskan dewan rakyat tempoh hari. Seperti yang dikatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang hairan dengan tindakan pembangkang membantah usul tersebut dan seharusnya memikirkan kepentingan rakyat dan negara, bukan politik semata.



No comments:

Post a Comment