Followers

Friday 28 December 2012

Isu penggunaan Khalimah Allah dalam kitab Bible


Isu ini begitu hangat diperkatakan dalam akhbar dan pelbagai media elektronik mahupun media cetak baru-baru ini. Ada yang mengutuk serta mengecam tuntutan penganut agama Kristian untuk menggunakan khalimah Allah dalam Bible. Rasanya semua sudah sedia maklum bahawa jawapan kepada isu ini adalah sangat mudah, sesiapa yang terfikir untuk membuat tuntutan seperti ini sudah pasti akan dikecam oleh umat Islam yang sekian lama memperjuangkan kesucian khalimah Allah. Penjelasan apa lagi yang dimahukan si Lim Guan Eng yang seolah-olah melampaui batas kerana dengan sengaja menimbulkan provokasi dengan menggesa Kerajaan Persekutuan membenarkan kalimah Allah dalam kitab Bible dalam versi bahasa Melayu. Mungkin sukar bagi Guan Eng untuk menghormati agama lain di negara ini. Seperti hujah yang telah diberikan oleh ahli parlimen Baling, kedah, Taib Azamudden Md Taib adalah tidak sesuai menggunakan khalimah Allah dalam agama lain kerana akan menimbulkan kekeliruan dalam kalangan penganut agama lain, tidak kira lah penganut agama Buddha mahupun agama Hindu, dalam konteks lain, beliau cuba menyampaikan bahawa nama Allah adalah hak milik agama Islam sahaja, bukan digunakan secara pelbagai oleh agama lain. Menurut beliau juga, jika khalimah Allah ini digunakan untuk tujuan berdakwah kepada agama lain, adalah tidak menjadi masalah untuk digunakan. Antara lain beliau menyelitkan mengenai pemahaman rakyat dengan budaya ketimuran di Malaysia. Dalam Parlimen baru-baru ini, rata-rata ahli parlimen lain turut bersetuju dengan kenyataan Azamudden ini. Selain itu, Dr Haron Din juga turut melahirkan rasa terkilan beliau terhadap isu ini. Ketika memetik beberapa potong ayat suci dari Surah Al Ikhlas, “"Dan tidak ada sesiapapun yang serupa denganNya".- ayat ini yang membawa maksud bahawa tiada sebarang perbandingan dengan-Nya, tiada sebarang sekutu bagi-Nya, dan jika Allah kita digunakan oleh orang bukan Islam, khususnya orang Kristian, alangkah sedihnya jika nama Allah jika digunakan di gereja dan lebih tercemar nama Allah ini jika diletakkan di Salib. Daripada hujah Dr Haron Din ini kita tahu bahawa beliau amat mempertahankan kesucian nama Allah. Jika penggunaan ini tidak mendatangkan apa-apa kebaikkan kepada Islam, ianya tidak boleh digunakan.


Berbeza pula dengan ketua pembangkang yang sekian lama mencetuskan segala jenis provokasi, beliau menyokong penggunanaan Khalimah Allah ini oleh dalam Bible, dengan membandingkannya dengan negara-negara lain seperti Indonesia, Tunisia dan sebagainya. Cuba anda bayangkan jika ditakdirkan Allah bahawa Anwar menjadi PM dan beliau membenarkan orang bukan Islam menggunakan nama Allah di atas nama toleransi, maka kita akan melihat gereja-gereja di seluruh Malaysia menggunakan nama Allah, apakah perasaan kita?

No comments:

Post a Comment